Syarat-syarat


  • Pemohon mestilah Warganegara Malaysia berumur sekurang-kurangnya 18 tahun ketika permohonan dibuat;
  • Pendapatan kasar isi rumah bagi pemohon individu (bujang/tidak berkeluarga) hendaklah tidak lebih daripada RM10,000 sebulan manakala berkeluarga (suami dan isteri) tidak lebih daripada RM15,000 sebulan;
  • Keutamaan permohonan diberikan kepada pemohon yang belum memiliki rumah di Wilayah Persekutuan;
  • Keutamaan permohonan diberikan kepada pemohon yang dilahirkan atau bekerja atau bermastautin di Wilayah Persekutuan semasa permohonan dibuat;
  • Sekatan penjualan (moratorium) selama 10 tahun dikenakan di mana rumah yang dibeli tidak boleh dipindahmilik atau dijual tanpa kebenaran kerajaan kecuali kepada waris terdekat seperti suami/isteri atau anak-anak sahaja;
  • Suami atau isteri boleh memohon RUMAWIP di Wilayah Persekutuan namun hanya satu tawaran sahaja diberikan kepada setiap isi rumah;
  • Pemohon hendaklah berdaftar di Portal RUMAWIP.

Pendaftaran

Baca syarat-syarat dan tanda kotak persetujuan di bawahnya untuk mengaktifkan borang pendaftaran.