GARIS PANDUAN PERMOHONAN RUMAH WILAYAH PERSEKUTUAN (RUMAWIP)

  1. Selepas mendaftar, pemohon hendaklah mengemaskini profil peribadi mereka. Sila klik menu Profil Pemohon
  2. Apabila projek telah dibuka untuk permohonan, semua pemohon yang telah mendaftar akan dimaklumkan melalui emel. Sila daftar masuk ke portal RUMAWIP menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan pemohon, kemudian klik menu Permohonan.
  3. Sekiranya permohonan tersebut LAYAK DIPROSES, maka pemohon diminta mengemukakan dokumen sokongan berikut :
    • Borang permohonan(dicetak dari portal RUMAWIP)

    • Surat Akuan Sumpah (salinan asal)
    • Salinan Kad Pengenalan Pemohon (MyKad) pemohon
    • Salinan Kad Pengenalan (MyKad) / Pasport Pasangan
    • Salinan Surat Nikah / Sijil Perkahwinan / Surat Cerai / Sijil Kematian
    • ​Penyata Gaji Terbaharu Pemohon (atau penyata bank 3 bulan terbaharu ​bagi permohonan tiada slip gaji)
    • Penyata Gaji Terbaharu Pasangan (atau penyata bank 3 bulan terbaharu ​bagi permohonan tiada slip gaji)
    • Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pemohon bagi permohonan yang tiada KWSP (EA/EC Form) ; atau Penjawat Awam hendaklah mengemukakan Penyata Cukai Pendapatan (e-BE Form) sekiranya tidak mencarum KWSP
    • Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pasangan bagi permohonan yang tiada KWSP (EA/EC Form) ; atau Penjawat Awam hendaklah mengemukakan Penyata Cukai Pendapatan (e-BE Form) sekiranya tidak mencarum KWSP
    • Bil Elektrik dan Bil Air Tempat Tinggal atau dokumen lain sebagai bukti kediaman (mandatori)
    • Sijil Kelahiran (MyKid) Anak
    • Salinan Kad OKU Pemohon / Pasangan / Anak (jika berkaitan)
    • Surat Pengesahan Majikan Pemohon
    • Surat Pengesahan Majikan Pasangan

    • Salinan Perjanjian Jual Beli Hartanah yang dimiliki (jika berkaitan)

    PERHATIAN!!
    Pemohon perlu mengemukakan hardcopy Surat Akuan Sumpah (original) bagi setiap projek RUMAWIP yang dimohon. Surat Akuan Sumpah fotokopi hitam putih atau berwarna dan imbasan Surat Akuan Sumpah hitam putih atau berwarna tidak boleh diterima.

  4. Sekiranya permohonan LAYAK DITAWAR, maka Surat Jemputan menghadiri proses pengundian akan dihantar kepada pemohon melalui emel. Sila semak emel atau daftar masuk Portal RUMAWIP kemudian klik Laman Utama untuk melihat Status Permohonan.Pemohon yang tidak dapat hadir, sila kemukakan Borang Pelantikan Proksi. Klik di sini untuk muat turun Borang Pelantikan Proksi.

  5. Sekiranya Pemohon BERJAYA dalam proses pengundian, Surat Pengesahan akan dihantar melalui emel kepada pemohon atau lihat Status Permohonan.

  6. Senarai nama permohon yang berjaya akan diserahkan kepada pemaju yang terbabit untuk mengeluarkan Surat Tawaran Pembelian. Urusan seterusnya pemohon akan berurusan dengan pemaju sehingga pemohon berjaya menduduki rumah yang dipohon.


PERHATIAN

Bermula 23 Disember 2016, pemohon hanya perlu menghantar 1 set borang permohonan beserta dokumen sokongan yang lengkap bagi projek RUMAWIP yang menjadi keutamaan pertama ke TEMPAT SERAHAN DOKUMEN dalam tempoh 14 hari bekerja bermula pada tarikh projek dipilih seperti yang tercatat di halaman portal RUMAWIP yang dipohon (tertakluk kepada dokumen yang dihantar dan disahkan lengkap serta memenuhi syarat-syarat permohonan RUMAWIP oleh Urus Setia RUMAWIP).

Tempoh sah permohonan pertama adalah setahun dari tarikh dokumen sokongan pertama dihantar mengikut tarikh dikemaskini dan berstatus sedang diproses yang boleh disemak melalui Laman Utama Akaun Pemohon. Bagi permohonan projek RUMAWIP kedua dan ketiga tidak perlu lagi menghantar borang permohonan dalam tempoh ini.

Pemohon akan berstatus TIDAK BERJAYA sekiranya dokumen sokongan yang dihantar adalah tidak lengkap. Status ini boleh disemak di Laman Utama Akaun Pemohon beserta dengan komen Urus Setia.

KELAYAKAN

Berikut merupakan kriteria asas untuk menjadi pemilik kediaman RUMAWIP. Untuk mengetahui jika anda layak memohon, hanya tandakan kotak yang berkaitan:


  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Warganegara Malaysia
  • Menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan
  • Pendapatan kasar bulanan di bawah RM10,000.00 (Bujang) dan RM15,000.00 (Suami dan Isteri)

Saya Layak