Media


MAJLIS PELANCARAN PECAH TANAH DAN PERMOHONAN RUMAWIP RESIDENSI RAMPAI II

Sumber: KWP · 15/03/2017

Majlis Pelancaran Pecah Tanah dan Permohonan RUMAWIP Residensi Rampai II akan disempurnakan oleh YB Menteri Wilayah Persekutuan pada 20 Mac 2017 (Isnin) bertempat di Dewan Serbaguna, Taman Seri Rampai, Kuala Lumpur.

Kementerian Wilayah Persekutuan mempelawa orang awam dan penduduk setempat mengunjungi lokasi majlis pada tarikh dan lokasi tersebut. Pengunjung berpeluang melihat sendiri lokasi dan pameran yang disediakan oleh pemaju Pancaran Nilai Sdn Bhd bagi projek RUMAWIP Residensi Rampai II.


Arahan Berkaitan Surat Akuan Sumpah RUMAWIP

Sumber: KWP · 02/06/2016

Dimaklumkan bermula 30 Mei 2016, pemohon perlu melampirkan salinan asal Surat Akuan Sumpah yang telah disahkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen/ Majistret/ dan Pesuruhjaya Sumpah berdasarkan Akta Akaun Berkanun 1960 bagi setiap permohonan RUMAWIP.

Sebagai contoh, jika pemohon telah memohon untuk 3 projek maka 1 set dokumen sokongan lengkap (set dokumen sokongan diwajibkan satu salinan asal Surat Akuan Sumpah) perlu dikemukakan kepada pihak Urus Setia RUMAWIP berkuatkuasa pada 23 Disember 2016 untuk permohonan projek RUMAWIP yang menjadi keutamaan pertama sahaja ke TEMPAT SERAHAN DOKUMEN dalam tempoh 14 hari bekerja bermula pada tarikh projek dipilih seperti yang tercatat di halaman portal RUMAWIP yang dipohon (tertakluk kepada dokumen yang dihantar dan disahkan lengkap serta memenuhi syarat-syarat permohonan RUMAWIP oleh Urus Setia RUMAWIP).

Tempoh sah permohonan pertama adalah setahun dari tarikh dokumen sokongan pertama dihantar mengikut tarikh dikemaskini dan berstatus sedang diproses yang boleh disemak melalui Laman Utama Akaun Pemohon. Bagi permohonan projek RUMAWIP kedua dan ketiga tidak perlu lagi menghantar borang permohonan dalam tempoh ini.

Pemohon akan berstatus TIDAK BERJAYA sekiranya dokumen sokongan yang dihantar adalah tidak lengkap. Status ini boleh disemak di Laman Utama Akaun Pemohon beserta dengan komen Urus Setia.

 

 



RUMAH WILAYAH PERSEKUTUAN

Dasar Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) diwujudkan untuk menggariskan hala tuju serta dijadikan asas kepada pihak berkuasa tempatan dan juga pemaju dalam merancang serta membangunkan rumah mampu milik.