RUMAH WILAYAH PERSEKUTUAN

Dasar Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) diwujudkan untuk menggariskan hala tuju serta dijadikan asas kepada pihak berkuasa tempatan dan juga pemaju dalam merancang serta membangunkan rumah mampu milik.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Warganegara Malaysia

Berumur 18 tahun dan ke atas

Pendapatan kasar bulanan di bawah RM10,000.00 (Bujang) dan RM15,000.00 (Suami dan Isteri)

Dilahirkan atau menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan

Berita Terkini

Ralat Mengenai Emel Yang Dikemukakan Oleh Emel urusetiarumawip@kwp.gov.my

Sumber: Emel urusetiarumawip · 12/11/2018

 

 

Pada masa ini server RUMAWIP telah mengalami gangguan teknikal sehingga menyebabkan beberapa emel daripada urusetiarumawip@kwp.gov.my telah dikemukakan kepada pemohon mengenai Projek RUMAWIP.

 

Sehubungan itu, dipohon agar pemohon mengabaikan emel tersebut kerana projek - projek yang dikemukakan merupakan projek yang lama dan telah ditutup permohonannya.

 

Pihak Urusetia RUMAWIP sedang berusaha mengatasi gangguan teknikal yang tersebut. Kesulitan amatlah dikesali.

 

Urusetia RUMAWIP 12 November 2018.


KAJIAN MENGENAI HARGA, KELUASAN DAN KEMUDAHAN RUMAWIP

Sumber: Kajian RUMAWIP 2018 · 26/09/2018
Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Wilayah sedang menjalankan kajian mengenai pelaksanaan RUMAWIP. Kajian ini dilaksanakan bagi mendapatkan maklum balas orang awam berkaitan harga, keluasan dan kemudahan Rumah Mampu Milik di Wilayah Persekutuan (RUMAWIP). Semua warganegera Malaysia adalah dijemput untuk menjawab kajian ini di capaian berikut :

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScdPOQBOXH90DPaSJk5ySBsAGpMgx-H-1V4pDpWsBesLLEc6g/viewform

 

MAKLUMAN PEMBUKAAN SEMULA PERMOHONAN PROJEK RUMAWIP@SENTRAL KATEGORI RM80,000

Sumber: KWP · 02/05/2018

Sebagai makluman, Kementerian Wilayah Persekutuan telah menerima permohonan yang amat menggalakkan bagi projek RUMAWIP@Sentral Putrajaya berharga RM80,000 seunit sejak ia dibuka pada 20 Mac 2018. Sehingga 30 April 2018, sejumlah 14,502 pemohon telah membuat permohonan bagi projek ini dan 7,050 dokumen telah diterima untuk tapisan oleh pihak pemaju. Sehubungan itu, Kementerian telah memutuskan untuk membuka semula projek ini untuk permohonan melalui Portal RUMAWIP sehingga 15 Mei 2018 (Selasa) dan tarikh akhir serahan dokumen sokongan yang ditetapkan sehingga 31 Mei 2018 (Khamis).

 

Sehubungan itu, mereka yang berminat sama ada yang belum memohon atau belum mengemukakan dokumen sokongan adalah diminta untuk segera berbuat demikian mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Pemohon disarankan untuk meneliti syarat permohonan khas RUMAWIP@Sentral Putrajaya sebelum membuat permohonan.

Muat Turun Dokumen: PDF